Sebab Gagal BR1M
PERINGATAN   
 
  1. MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial. Sila klik  bagi senarai berkenaan.
  2. Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
  3. Untuk makluman, LHDNM juga tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berikut adalah bukan milik LHDNM:
             +6016-830-1970
             +6016-736-9364
             +6016-594-7475

  4. LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada tuan / puan yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M dan tuan / puan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
  5. LHDNM menerima aduan dimana terdapat permohonan BR1M 2017 yang dikemukakan kepada pihak ketiga telah dikenakan bayaran. Untuk makluman, kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M 2017. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk hadir terus ke cawangan LHDNM yang berhampiran bagi tujuan permohonan BR1M 2017.
  6. Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

MAKLUMAN
  1. Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Sila klik  Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM.
  2. Untuk makluman, tempoh permohonan BR1M 2017 telah dilanjutkan dari 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017. Sila klik  Jadual Pembukaan Kaunter pada 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 di semua CawanganLHDNM.
  3. Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
  4. Bayaran Fasa 1 BR1M 2017 bagi pembayaran secara baucar adalah mulai 18 Februari 2017 dan bayaran melalui pengkreditan ke akaun adalah mulai 22 Februari 2017.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2016

  1. Permohonan kemas kini waris adalah sehingga 13 Disember 2016 sahaja bagi membolehkan tuntutan baki bayaran BR1M 2016 (jika ada) ditunaikan sebelum atau pada 15 Disember 2016.
  2. Sekiranya permohonan kemas kini maklumat waris dibuat selepas 14 Disember 2016, waris hanya layak menuntut bayaran SKK 2016 sahaja.

  3. MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017. Oleh itu, tarikh akhir kemas kini waris adalah pada atau sebelum 15 Januari 2017.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017

  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.
  2. Waris perlu membawa dokumen asal berikut:

    • Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
    • Kad Pengenalan Asal Waris

   SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Kemukakan Salinan:

  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.


NOTIS AMARAN 

AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M

LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M

Keterangan Lanjut

HUBUNGI KAMI

         Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 /
03-8882 4566
         Hotline BR1M LHDNM :
1-800-88-2716

         eMel :
br1m@treasury.gov.my

         Faksimili BR1M MOF :
03-8882 3933

        
Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya  
        
Hakcipta Terpelihara 2016 © Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1280 x 800